December 1, 2011

teruskan penghijrahanmu, hafsah!



Kini Hafsah bukan lagi diri dia

Dia dah tak seperti yang kukenali dahulu

Mengapa ada yang berubah sedang ianya baik untukmu, Hafsah?

Jangan biarkan kata-kata dusta manusia menyeret dirimu kelembah kemurkaanNya

Sesungguhnya aku rindukan Hafsah yang dahulu

Yang berusaha menjaga dirinya dari segala panahan fitnah manusia

Hafsah yang itulah yang aku damba.




Ya, itulah perasaanku sekarang.
Kini, hatiku terbuka semula tika tibanya Tahun Baru Islam.
Hijrah
mengapa mudah untukku mengakhiri penghijrahanku yang belum sepenuhnya sampai di pertengahan jalan? 



Ya Rahman, hamba mulai leka dan alpa akan segalanya.
Ku cuba lari dariMu, namun Engkau pula cuba memeluk erat diriku
Walau jauh aku berlari, bayanganMu tetap menyusuri langkahku
Hamba bersalah ya Allah.




Segalanya telah Engkau pertontonkan dihadapanku
Hamba tahu tapi hamba cuba menidakkan kerana hamba tidak sanggup menerima dugaan ini
Hatiku berbisik, ‘mengapa aku yang diuji begini?? Aku tak mampu!
Mengapa tega untukku berkata sedemikian sedangkan jelas akan firmanNya,


لا يكلف الله نفسا إلا وسعها

Allah tidak memberi kesusahan seseorang hamba melainkan apa yang terdaya olehnya.
[Al-Baqarah: 286]


Janjiku padaNya sewaktu rohku ditiupkan kedalam jasad,

ketika Allah SWT. Bertanya kepada manusia : "Bukankah aku Tuhanmu ?" semua menjawab : "Benar (Engkau Tuhan kami), kami menjadi saksi 
(Al-A'raf 7 : 172).

Jadi, jika aku telah mengakui bahawa Allah itu Tuhanku, mengapa aku tidak sepenuhnya melakukan perintahnya malah senang melakukan laranganNya?

Ya Allah, hamba benar-benar inginkan seseorang yang mampu memimpin tangan hamba menyusuri hari-hari kemudian bersama dengan keimanan dan ketaqwaan.

Moga Engkau redhai setiap langkah perjalananku diatas dunia ini.

insyaAllah, sabar dan solat menjadi penolong orang-orang yang khusyuk beriman dengannya.

1 comment:

  1. semoga awk jadi Hafsah yg lebih baik.even saya rase awk da ckup baik da bagi saya :)

    ReplyDelete