March 8, 2014

JANGAN TUNGGU LAMA-LAMA!

' Jangan tunggu lama-lama, nanti lama-lama, ia diambil orang'~


Ohoii~ best pulak menyanyi petang-petang macam ni. Hehe. Daripada panas terik satgi jadik ribut taufan pulak. Astaghfirullah -,- Okelah taknak buang masa lagi, ayuh kita ke agenda yang seterusnya (buat-buat gaya boss lead meeting- muka serius- cehh!) 

Tujuan cik Hafsah post kali ini bukanlah semata-mata untuk mengisi kelapangan waktu mahupun menangisi kejauhan kekasih hati, opss. Oke, abaikan -,- Tetapi adalah untuk memberitahu kepada seluruh rakyat jelata beta bahawa rangkaian Tune Talk telah lama mengeluarkan satu Simkad yang diberi nama TONE EXCEL. Pastinya ramai dah dengar kan tentang TONE EXCEL ni tetapi sayangnya tak semua ingin mengambil tahu akan kebaikan dan manfaat TONE EXCEL ini. 

Kenapa? Kenapa?? Kenapa???

Bak kata pepatah, tak kenal maka tak cinta, dah kenal malu-malu pulaa. Eh lari topik. Hahaha. Ramai yang sudah berjaya menjalankan perniagaan ini dengan hanya bermodalkan RM90 SAHAJA. Mesti korang pelik dan curious kan kenapalah cik Hafsah ni excited bebenor nak ceghita pasai TONE EXCEL nih. Takpa, meh ceq habaq mai kebaikannya ~:


  1. Boleh mengekalkan nombor telefon sedia ada samada prepaid/postpaid
  2. Tiada had masa - boleh buat cepat atau perlahan
  3. Anda boleh merujuk tanpa had
  4. Bonus dibayar 3 kali sebulan (11hb, 21hb, 31hb)-dimasukkan terus ke akaun bank.
  5. Ada bonus tahunan
  6. Tak jual produk untuk perolehi pendapatan berulang
  7. Tak perlu ingatkan rakan di dalam network utk top up sebab memang pun mereka selalu  topup
  8. Tak perlu beli stok simkad yang banyak - sebab boleh buat dropship dengan kami
  9. Kos memulakan perniagaan sangat rendah iaitu RM90 sahaja
  10. Penyenggaraan rendah- RM30/bulan sahaja
  11. PA insurance RM100,000 PERCUMA - topup RM60 sebulan
  12. Boleh mendapat pakej umrah
  13. Boleh mendapat insentif melancong
  14. Diskaun Tune Hotels sehingga 30%
  15. Program yang di bawah rangkaian Syarikat Penerbangan Tambang Murah Terbaik di      dunia iaitu Air Asia
  16. Points boleh ditukar kepada tiket penerbangan Air Asia
  17. Points boleh ditukar kepada telefon bimbit atau tablet berjenama
  18. Boleh sertai pelbagai peraduan yang menawarkan hadiah lumayan
  19. Pasaran meluas (lebih 30 juta pengguna telefon bimbit) *
  20. Produk yang diperlukan hampir semua orang
  21. Umur 12 tahun pun boleh turut serta
  22. Terbuka kepada bukan warganegara yang memiliki passport
  23. Satu cara mudah untuk mendapatkan pendapatan pasif seumur hidup
  24. Pendapatan boleh diwariskan
  25. Ianya Program rujukan dan bukannya MLM
  26. Samada kita nak buat ia sebagai bisnes atau hanya sekadar sebagai pengguna, tiada siapa yang akan rugi.
  27. Program dilindungi dan mendapat kerjasama Lembaga Pelindung dan Kebajikan Pengguna Malaysia (LPKPM)
  28. Sehingga November 2013, lebih 180,000 rakyat Malaysia mendapat manfaat daripada Program ini.
  29. Diperkukuhkan dengan bisnes model yang simple dan sempoi tetapi berbaloi2...
  30. TERBARU setiap kali topup RM30 dapat PERCUMA RM10.
  31. TERBARU setiap kali topup RM50 dapat PERCUMA RM20.
  32. TERBARU Setiap kali sendiri topup anda akan mendapat rebat 3% dan akan masuk ke akaun bank anda.
  33. TERBARU anda berpeluang memenangi sebuah Proton Preve @ Proton Pesona @ Motosikal @ 10 buah iPad 16GB.

* sumber : Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (Industry Performance Report 2008)

Fiuhh~ mongah membaco ea kan, dah coghito boto den kobaan yolah (translation:'mengah membacanya kan, dah cerita benar saya bagitau jelah'). Hahaha. Saya anak Malaysia! Utara timur selatan barat kawe buleh blako~ :P Hihihiks. Oke kali ini cik Hafsah nak tunjukkan keratan akhbar tentang Simkad No 1 Malaysia ni dan juga boleh dikatakan mindmap lah supaya sel-sel otak anda berkaitan TONE EXCEL semakin berkembang. Hahaks~





















TESTIMONI ORANG TERDAHULU ! WOW, TERBUKTI !





So apa tunggu lagi, peluang depan mata takkan nak tengok aje kan. Moh la pakat ramai-ramai ajak kawan-kawan, pakwe makwe, ibu ayah, adik kakak abang, sedara mara semua sertai Tune Talk TONE EXCEL ini. Banyak kebaikannya, takda lagi syarikat Telco lain yang boleh memberi ganjaran dan manfaat sehebat ini. Jika selama ini kita top-up habis top-up habis sahaja tak dapat apa-apa, tetapi kali ini manfaatkan peluang keemasan ini dengan menyertai kami.

Sebarang pertanyaan boleh hubungi:

         010-549 2829 (Hafsah) 
         010-811 0816 (Hazman)


Saya SUDAH, Anda BILA LAGI?? :D

Dengan TONE EXCEL anda bukan hanya dapat satu, tapi dua tiga empat dan seterusnyaaa. Hahaha :D (Iklan dan model tak berbayar, kuikui)

Untuk lebih penjelasan, watch this video ^,^






Jadi, DAFTARLAH SEKARANG! :D

May 30, 2013

Sue Sday! (Hello!)

Salaamun alaik...

Know what?
Sekarang dah hampir pukul 5.00 pagi. Tak tidur lagi tanpa sebab. Eh, lama jugak tak update blog ni. Berhabuk bagai dah ni, labah-labah, tikus mondok semua ada ni. Haishh~ Maaf, lama sungguh tak conteng-conteng kat blog ni. Apakan daya, jadual waktu menghimpit hidup dan aktiviti yang menggigit-gigit hingga ke tulang belulang. Last update blog 13th November 2012.

SAY WHAT?!
(Gaya Aiman Azlan) bhahaha

Nampak disitu? 7 bulan tak usik blog ni. Intai-intai gitu-gitu pernah lah sekali tak berkala. Hmm. Untuk pengetahuan yang ingin mengetahui, sekarang ni cik Hafsah dah mula memasuki Zon Hidup dan Mati equal to Zon Study Week / Study Weak. Quietly same pronunciation but totally have different meaning. Yup! Segalanya bermula disini. *tunjuk hati (macam Ustaz Don TV Al-Hijrah)



ALHAMDU-LILLAH

Sepanjang Semester yang dilalui hingga ke hari ini, Allah anugerahkan segalanya yang indah. Sungguhpun yang pahit itu ada juga tapi biasalah, ada putih ada hitamnya. Final Exam untuk Semester 4 akan mula berhadapan cik Hafsah dengan bangganya pada 9th June 2013. Dan kemudian berlari pergi pada 21st June 2013. Erm, saja nak bagitau, Semester ni cik Hafsah ambil

UBK  2022  Bahasa Khmer (2CH)
USK  1052  Etika Profesional Dan Moral (2CH)
AFT   2083  Operations Management (3CH)
ABT   2053  Managerial Finance (3CH)
AFS   2033  Islamic Accounting (3CH)
AFS   2043  Regulatory Framework for Islamic Banking & Finance (3CH)
ABT   2043  Islamic Economics (3CH)
AFT   4012   SIEP* (2CH)

Total Credit Hours (CH) : 21 CH





Rasanya cik Hafsah kena menghadam lauk pauk diatas dengan keikhlasan yang tinggi. Jadi, u’ollss (cewwahh!) sila-sila lah mendoakan kejayaan kami ya. Buat kawan-kawan SABian, bersamalah menuju kepuncak kejayaan. All the best! Do the best! Penat dah nak ber sok sek sok sek panjang-panjang, sakit kepala.

Oh ya, credit to: Afiq Akmal, pembaca yang setia. Hahaha :D Good Luck for your Final Exam :)

Chump riyyep liyyer (bubbye!)

November 13, 2012

Celoteh Pagi :)




Salaamun alaik,

Dah banyak bulan tak update blog sunyi sepi ni kan. Alhamdulillah diberi kesempatan sebab salah satu darinya adalah line WiFi UMK dah kembali setia. hahaha. Setibanya kaki cik Hafsah melangkah ke kampus UMK tadi, maka berkumandanglah panggilanNya. An obligation was implemented, Subuh. :)

Lepas subuh terus carik line WiFi, nak carik article untuk assignment HRM (Human Researh Management) lah konon. tup tup Facebook diutamakan, assignment dikebelakangkan. hahaha. (Sila jangan ikut contoh tidak baik ini -Larangan Keras!)


........

1. Accept Friends

2. Read the Inbox Messages

3. Tengok Notifications kejap

4. Lepas tuh Komen-komen sikit..

.......

Itu jak bha! Setelah berlarinya masa tanpa melihat cik Hafsah tercungap-cungap mengejar dibelakang, barulah cik Hafsah menziarahi Uncle Internet Explorer yang sangat berbaik hati memberi kelajuan maxima untuk mencari Artikel-artikel tersebut. huhuhu. Sadis. Cenggini lah cik Hafsah, tak boleh fokus satu-satu perkara. 

Baguskah? Tidak? Mengapa? Tuliskan jawapan anda dengan tidak melebihi 300 patah perkataan. (buat-buat muka serious,. -Madam Yah)

Orang yang tak boleh fokus satu-satu perkara ni biasanya tak sistematik. So, cik Hafsah? Betullah tu. hahaha. Memang tak lah kalau nak buat satu-satu kerja. Biasanya bila cik Hafsah ulangkaji subjek Usul Fiqh, dalam setengah jam lepas tu mesti baca handout Khmer (Cambodian Language) yang low kru (lecturer lelaki) bagi pulak. Perhh, gaya dah ada dah. Tapi tak ke menyimpang ke laut tu?? Usul Fiqh and Khmer? Pelik kan. tapi nak wat guano, dari semester satu doh gitu style study nya. Hmm.



[actually, it depends on you]


Sometimes I think that its better if I can change the habit but honestly, its hard!

But I'm really sure about one thing! that, I don't have strong desire to make any relationship with any guy. Reason? Sebabnya kemahuan itu tidak tergolong dalam buku perancangan jangka masa dekat cik Hafsah. So takyah la tanya lagi kenapa tak carik BoboiBoyfriend oke?? Single is Simple what? hihihi

Bila? Erm, lepas habis Degree (including the practical) then lepas kerja dalam tempoh setahun. Jadi anak dara tualah jawabnya. hahahaha. Nak tunggu?? Boleh aja kok tapi gue ngak jamin ya pak! ;) hehehe.

Okelah, perut lapar. nampak pulak rendang yang ibu masakkan. Memang ratah camtu jelah, baru syiokk~ Wallaa! sampai situ sajalah sok sek sok sek cik Hafsah. Salaam :)

June 19, 2012

We Shared Smiles, We Wiped the Tears and Through the years



..salaamun alaik..

tik ! tok ! tik ! tok !
jam menunjukkan hampir pukul 6pagi jatuh pada hari Rabu 20 Jun 2012

tak dapat tidur lagi pagi ni mungkin disebabkan terlebih tidur lepas habis paper 
Mathematics and Statistic for Business tadi
Alhamdulillah, Allah permudahkan segalanya
ku syukuri nikmat itu :)

hari ni tiba-tiba jari jemariku laju menekan 'keypad' phone untuk mendail nombor seseorang.

YA !
dialah sahabat karibku sejak dari tingkatan 1 lagi. 
Sek. Men. Keb. Datuk Abdullah telah menjadi saksi pertemuan kami.
Alhamdulillah, sekali lagi ku syukuri nikmat itu :)

tiba-tiba tangan rajin nak post entry about 'friend'
jadi inshaAllah entry kali ini, cik Hafsah akan introduce all my best friends that had. :)
i want the world to know them and i proud to have them.




1. MY BEST FRIENDS: FROM SEMENDA


NURUL AFIFAH BT MUSTAFA KAMAL
inshaAllah we're friend until Jannah
love you with my big heart


rindu sangat dengan budak manis ni.


susah senang kami sama-sama

bila aku menangis, dia pun turut sedih dan menjadi penenang
bila aku marah, dia menasihatiku dengan begitu berhemah
bila aku bermasam muka, dia menceriakanku dengan pelbagai cerita


ya, dialah yang sangat mengerti aku.
perbualan yang agak lama tapi kerinduan itu masih terasa.



ya Allah, hamba mahu peluk dia
ya Allah, hamba mahu genggam tangannya

namun, mendengar suaranya pun sudah cukup bagi hamba.
 Alhamdulillah :)



see you soon dear, satu KEWAJIPAN. hehe

there's another one person that i missed so much! but 
i don't know if she knows that :P

2. NUR 'ARIFAH BT AHMAD FAUZI


they're my best friends since i was in SEMENDA


my besties : Nurul Afifah and Nur 'Arifah




with love



2. MY BEST FRIENDS: ROOMMATES IN PERLIS MATRICULATION COLLEGE

oh yah, Praise be to Allah
He sent me the best roommates and also as best friends of mine

Kolej Matrikulas Perlis adalah tempat dimana bermula hidupku sebagai seorang sahabat yang benar-benar merasai erti persahabatan yang sebenar. 
only Allah knows the rest of my feeling before and after i was there.


my heart like dugeon dugeon *pronounce in Korean language 
hewhewhew X)


Cath, Abby, Zue and Mummy! (Wawa)

kalau lah korang tau yang Hafsah rindu sangat sangat korang :'(
moga Allah izinkan kita berlima untuk bertemu lagi satu hari nanti.
tapi masing-masing kena bawak calon masing-masing lah ya, sesi suai kenal. haha.
hope sayang-sayang berempat sihat-sihat taw :)

jangan risau kalau makin tembam, sebab you have me! hihihi
kita serupaa..


 ~our sweet memories together~



with Zue





with Abby



Cath and Abby




3. MY BEST FRIENDS: CLASSMATES IN PERLIS MATRICULATION COLLEGE

they are not just the classmates but also my best best friends. they help me a lot in study and when i was in problems or sick.
till now, they still keep contact me and i really happy with that
Alhamdulillah Allah :)

there, we are gang ! hehe.
bukanlah geng apa sangat, just kerap study sama, duduk sebelah menyebelah dalam lecture and tutorial, dan makan sama-sama.  dah macam kembar lima :P

PERHATIAN:
kami tidak menubuhkan sebarang 'geng' yang boleh disalahtafsirkan sebagai 'berpuak-puak'. 
-harap maklum-

satu kelas kami like siblings to each other. just sometimes we need some people to be really close with us, right? that's all.
A6T9! Forever in My Heart.




Meen and Ainur



we are together: Fazira, Me and Huda




with Ainur





kembar 5 KMP, hewhew :P




4. MY BEST FRIENDS: FROM UNIVERSITI MALAYSIA KELANTAN

i think that i already post about them in my blog. 
but its not a big deal :)


here, my sweetest friends:



Anis, Fathiah, Me, Kak Aishah and Wawa



and Hasnie



tak kisah la hari ni Hari Sahabat Sedunia ataupun tidak, yang penting bagi Hafsah adalah  untuk menghargai sebuah persahabatan itu tidak perlu menetapkan satu hari untuk menyambutnya sedangkan ia boleh diluahkan bila-bila masa. no limit time.


bagiku, setakat ini ada dua perkara yang paling bermakna dalam hidup. Pertama ialah ibu dan ayah. Kedua, sahabat-sahabat yang ku punyai :)



love to talk about them, 

dikala aku sendiri jauh dari ibu dan ayah,
merekalah yang menyapu airmataku dengan gelak tawa
merekalah yang mengendongku ketika aku jatuh
merekalah yang membawakan 'torchlight' ketika aku dalam gelap
(HEHEHEHE)


TERIMA KASIH SAHABAT-SAHABATKU SAYANG
thanks for being kind to me, i really am appreciate it, a lot.
maaf jika Hafsah pernah menyakitkan hati atau terlebih bergurau.
i don't mean it. and...



You know what??

I LOVE YOU SO MUCH ! !
may Allah bless you, dear.











May 20, 2012

EXAM SCHEDULE




salaamun alaik,


yeahh!! jadual final exam dah keluar. so, it easily makes me  to do well preparation. guys, lets check it out..



ENGLISH 2      
  10 JUN 2012 (9.00-11.00am)


PRINCIPLES OF MARKETING   
13 JUN 2012 (2.00-5.00 pm)


ACCOUNTING 
 17 JUN 2012 (9.00-11.30am)


MATHEMATICS AND STATISTICS FOR BUSINESS 
19 JUN 2012 (9.00-11.30am)


ENTREPRENEURIAL BEHAVIOR 
21 JUN 2012 (2.30-5.00pm)




jadi, jangan pandang saja. doa-doakan cik Hafsah yee~ :D 
hehehe






 bermula 1 Rejab, malam ini (Isnin) adalah malam 1 Rejab.. Imam Syafiie 
rahimahullah berkata, ada 5 malam dalam setahun, Allah SWT bukakan pintu
 langit, salah satunya adalah malam 1 Rejab..

Jadi, malam in, perbanyakkan doa mudah-mudahan Allah ampunkan dosa
kita, memakbulkan doa kita. Antara lain yang kita boleh lakukan dalam bulan Rejab ialah, banyakkan Istighfar. Istighfarlah dengan "Sayyidul Istighfar". Sesungguhnya, Bulan Rejab dikenali sebagai bulan 
Istighfar.





SAYYIDUL ISTIGHFAR


maaf, tulisannya tak berapa jelas.
but i think it seems familiar to you, rite? :)

sama-samalah kita amalkan dan sebaik-baiknya kita saling ingat-mengingati sesama saudara seIslam kita. takda apa yang rugi malah berganda nikmat dariNya. Barang siapa berpuasa 2 hari di awal rejab seakan ibadah 2 tahun dan barang siapa mengingatkan orang lain tentang ini,seakan ibadah 80 tahun.