August 14, 2011

kalahmu tetap ku anggap juara


kekalahannya malam semalam mungkin mengundang kecewa bagi sesetengah pihak. namun tidak dimata ku yang setia pada pemain no 1 dunia ini.

Datuk Lee Chong Wei
satu nama yang besar dalam arena sukan badminton dunia.




kecilnya tidak bermakna dia mudah menyerahkan takhta Kejohanan Badminton Dunia kepada musuh tradisinya, Lin Dan dari China.

pada game yang pertama, beliau berjaya menyungkurkan Lin Dan dengan 
20-22

pada game yang kedua pula, beliau tewas kerana banyak kali tersilap ukuran apabila membiarkan saja bulu tangkis di belakang gelanggangnya. oleh itu pada game kedua ini kemenangan berpihak pada Lin Dan dengan 21-14

pada game penentuan, Chong Wei da Lin Dan bertungkus-lumus sehabis baik untuk merebut gelaran juara. tapi waktu game ni hafsah tak tengok sebab takut nak tau keputusan. namun, kelebihan dan nasib lebih berpihak kepada Lin Dan yang akhirnya meleburkan mimpi Chong Wei dan Malaysia buat kali keduanya untuk memenangi Kejohanan Dunia ini. kemenangan sengit dengan 23-21

Chong Wei, jangan putus asa! masih ada harapan lagi untuk Piala Olimpik pada tahun hadapan.

.u're the best among the best.

jasamu pada negara tidak ternilai.
kami sentiasa menyokongmu dari belakang :)


p/s: dengar-dengar dah nak kawen dengan Wong Mew Choo tak lama lagi. moga berbahagia.


3 comments: