August 11, 2011

hadiah dari Dia

          Penat. malas. bosan. itulah yang aku rasakan hari-hari. aku bukan duduk diam saja dirumah. tapi menyalurkan perkhidmatan di sebuah kedai buku dekat dengan rumah aku. hampir 2 bulan aku disini. seronok. sangat seronok. kenal benar aku dengan customer yang mampir. bertegur sapa. mesra. setiap senyuman menghilangkan kebosanan yang datang. Alhamdulillah, aku diberi peluang untuk bergaul dengan masyarakat.

          Perhubungan ini adalah satu hadiah dari Dia. aku sangat bersyukur. Abang Faiz, Abang Fitri dan Kak Intan. ketiga-tiga mereka adalah keluarga baru aku. 
          Abang Faiz: selalu buat garang tapi tak jadi. hehe. 
          Abang Fitri: raja lawak disini tapi asyik buat muka blur. =.=' 
          Kak Intan: dialah yang paling sempoi dan berani (yeke?) 
          dan aku. :)

          Sekarang aku meghitung hari untuk berhenti. 15/8/2011. bukan kerana paksaan ataupun diberhentikan. tapi demi tanggungjawab pada masa hadapan. aku perlu menguruskan sendiri segala dokumen, surat-menyurat dan kelengkapan untuk ke alam universiti. ayah tidak benarkan aku untuk terus bergantung pada orang lain. kerna aku anak ayah yang boleh diharap. aku harapan ayah dan keluarga.

          Jika Dia izinkan, aku sangt bermohon agar hubungan kami kekal walaupun nanti masing-masing berjauhan. merekalah abang dan kakak aku. greatest bothers and sister. and the best boss ever! :)

          dekat tapi jauh..

          hafsah sayang korang bertiga sangat-sangat.

No comments:

Post a Comment